بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
YASIN PERDANA & SOLAT TASBIH ANJURAN HELWA MJBBU
Alhamdulillah, Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) melalui Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA) buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Yasin Perdana & Solat Tasbih bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H. Majlis telah berjalan dengan jayanya dengan penyertaan sehingga 630 jemaah wanita.
Majlis ini telah diadakan pada Sabtu (12 September 2026), bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Majlis bermula dengan kata alu-aluan oleh Pengacara Majlis, Puan Aimi dan bacaan doa bagi memberkati majlis, Bilal Afdhaluddin bin Ayub.
Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan Tahlil Perdana yang dipimpin oleh Al-Fadhilah Ustazah Hajah Juraini bin Mohd Salleh. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Sunat Tasbih yang dipimpin oleh Al-Fadhilah Ustazah Hajah Norshila binti Jamal. Bagi kemuncak majlis ialah Tazkirah Khas oleh Al-Fadhilah Ustazah Norshila dengan tajuknya "Wanita Berjiwa Rasul, Membina Ummah Dengan Akhlak Nabawi".
Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat Mahallul Qiyam, penyampaian hadiah penghargaan serta cenderamata oleh Pengerusi Helwa, Puan Hajah Hamidah binti Sulaiman dan ditutupi dengan jamuan.
Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para jemaah wanita samada dari kariah Bandar Baru Uda, mahupun dari luar serta masyarakat sekitar Johor Bahru di atas penyertaan dan seterusnya membantu melancarkan majlis ini dengan jayanya serta mengimarahkan masjid.
Semoga dengan diadakan majlis ini, para peserta dapat menjiwai kehidupan yang dilazimi dengan Al-Quran serta Zikrullah, termasuklah bacaan Yasin dan Tahlil yang mempunyai fadilat besar dan melazimi kehidupan taman-taman Syurga Allah, iaitu dengan melazimi majlis ilmu, apatahlagi ilmu yang menanamkan kasih sayang serta kecintaan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
قال السري السقطي : من قصد موضعا يقرأ فيه مولد النبي ﷺ فقد قصد روضة من رياض الجنة لأنه ما قصد ذلك الموضع إلا لمحبة الرسول وقد قال عليه السلام : من أحبني كان معي في الجنة (النعمة الكبرى على العالم)
Al-Imam Al-Sirri Al-Saqati berkata:"Barangsiapa menghadiri suatu tempat dibacakan Maulid Al-Nabi SAW di dalamnya, maka sesungguhnya dia telah menghadiri salah satu taman dari taman-taman syurga kerana tidak dia hadir ke tempat itu melainkan kerana cinta kepada Rasul. Dan Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa mencintaiku, akan bersamaku di dalam syurga."
