Biro Ekonomi


Aktiviti-aktiviti Biro Ekonomi Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU):

1. Gerbang Infaq Masjid Jamek Bandar Baru Uda:

Gerbang Infaq MJBBU telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Tadbir Masjid Jamek Bandar Baru Uda bagi memperluaskan peranan dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Aktiviti-aktiviti utama Gerbang Infaq MJBBU telah dimulakan sejak sekian lama dan telah dijenamakan kembali agar ia lebih berfungsi secara menyeluruh dengan penyertaan penerima sumbangan terkini adalah seramai 600 orang terdiri daripada kariah Bandar Baru Uda dan luar Bandar Baru Uda termasuk Skudai, Kempas, Tampoi dan sebagainya.

Gerbang Infaq MJBBU akan diuruskan sepenuhnya dibawah Biro Ekonomi masjid melalui pengerusinya iaitu Tuan Haji Khamim bin Abdul Rasid dan dibantu oleh pengurus, Imam Muhammad Mu'az bin Mohd Khusairi.