Latest Products

About Us

Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember

Our Background

LATAR BELAKANG MASJID
Masjid ini terletak di Bandar Baru Uda (BBU), Kawasan Parlimen Johor Bahru. Kawasan BBU ini berkeluasan 210.8 hektar, 8 km dari Bandaraya Johor Bahru dan 20 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai. Selain dari Masjid, kawasan ini menempatkan rumah-rumah kediaman sebanyak 6,150 unit, rumah-rumah kedai sebanyak 286 unit, 2 buah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah, sebuah sekolah agama kerajaan negeri Johor serta pusat bisnes dan komersial. Kawasan BBU ini mempunyai penduduk seramai 25,000 orang dan pemilikan hartanah adalah 82% oleh bumiputra dan 42% perumahan adalah terdiri dari kos rendah.
Lokasinya yang berhampiran dengan jalan utama Johor Bahru ke Skudai, memudahkan pengunjung untuk singgah di masjid ini bagi menunaikan kewajipan kepada Allah, berehat seketika dan menggunakan kemudahan yang terdapat di masjid ini.

REKABENTUK DAN KONSEP MASJID
Masjid Jamek ini adalah antara masjid-masjid moden di negeri Johor yang menampilkan reka bentuk berkonsepkan Timur Tengah dengan hiasan yang sederhana. Permuafakatan dan sikap saling bantu-membantu yang diamalkan oleh kariah setempat menjadikan masjid ini mampu untuk berdikari dan dapat melaksanakan kegiatan-kegiatan pengimarahan dan aktiviti sosial yang berkaitan.

SISTEM PENGURUSAN
Masjid ini ditadbir oleh seorang pengerusi, bendahari, setiausaha dan beberapa orang ahli jawatankuasa dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) yang menjadi nadi daya penggerak kepada seluruh aktiviti masjid.

Follow Us

Masjid Jamek Bandar Baru UDA
Johor Bahru, Malaysia.

Phone : +6072388166