Dewan Abd Samad MJBBU


1. Penggunaan Dewan Abd Samad MJBBU:

1.1. Pengunaan dewan adalah untuk Majlis Akad Nikah

1.2. Hendaklah hadir ke pejabat MJBBU bagi mengisi maklumat dan mendapat kebenaran menggunakan premis bagi tujuan Akad Nikah, berpandukan SOP Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Boleh hubungi Pegawai Pentadbir, Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU), Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail: 010-660 9083

* WAJIB MENEMPAH DEWAN ABD SAMAD DI PEJABAT MJBBU SAHAJA


2. Butiran fasiliti-fasiliti disediakan :

2.1. Berhawa dingin

2.2. Boleh memuatkan seramai 30 orang sahaja (tertakluk kepada ketetapan SOP JAINJ dan kesesuaian keadaan dewan)

2.3. PA sistem, Headset & Mic

2.4. Pelamin


3. SOP penggunaan Dewan Abd Samad untuk majlis nikah :

3.1. Had penggunaan dewan termasuk akad nikah adalah 1 jam.

3.2. Sekiranya ingin mengedarkan jamuan, hendaklah dalam bungkusan sahaja

3.3. Menjaga aurat

3.4. Hendaklah hadir sebelum waktu yang telah ditetapkan