• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

AL-FATIHAH & SALAM TAKZIAH

قال تعالى في كتابه العزيز : وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ * الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Allah SWT berfirman: "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

???? Dukacita dimaklumkan bahawa GUNADI TORJO (NOJA/PEMBANTU AM MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA), telah kembali ke Rahmatullah pada ISNIN (11 MEI 2026)

???? Pihak masjid akan melaksanakan bacaan Yasin & Tahlil SELEPAS MAGHRIB (11 MEI 2026)

???? Pengurusan jenazah akan dimaklumkan kemudian kerana proses permit adalah melalui Konsulat Republik Indonesia Johor Bahru

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزوله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس وأبدله دارا خيرا من داره وأهلا خيرا من أهله وزوجا خيرا من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر وعذاب النار

Ya Allah Ya Tuhan kami. Ampunilah dia, rahmatilah dia, ampunilah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, bersihkanlah dia dengan air yang jernih dan sejuk, murnikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana baju yang putih yang bersih dari segala kotoran, gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggal yang dia tinggalkan, keluarga yang lebih baik dari yang keluarga yang dia tinggalkan, masukklah dia ke syurga, lindungilah dia dari azab kubur dan neraka


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).