• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? PENCARIAN SUKARELAWAN MUDA BAGI PROGRAM KORBAN MASJID JAMEK BBU (30 MEI 2026)

Pihak masjid mengalu-alukan penyertaan jemaah masjid & ahli kariah BBU sebagai sukarelawan & sukarelawati muda bagi Program Ibadah Korban MJBBU dan butirannya adalah sebagaimana berikut:

???? TUGASAN SUKARELAWAN :
✅ BANTUAN SEMBELIHAN: Membantu proses sembelihan & melapah daging korban
✅ PENGAGIHAN DAGING: Membungkus & mengagihkan daging korban kepada penerima
✅ LOGISTIK & KEBERSIHAN: Gotong-royong & membersihkan kawasan

❗️TERBUKA KEPADA LELAKI & WANITA BERUMUR 18-35 TAHUN SAHAJA

???? TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
• 20 Mei 2026 (RABU)

???? UNTUK PENYERTAAN, HUBUNGI:
• Imam Ibrahim : https://www.wassap.my/0106609083

قال رسول الله ﷺ : ما عمل ابن آدم من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم وإنه ليؤتى يوم القيامة بقرونها وأشعارها وأظلافها وإن الدم ليقع من الله بمكان قبل أن يقع بالأرض فطيبوا بها نفسا

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam AS pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban)."

قال زين العرب : يعني أصل العبادات يوم العيد إراقة دم القربان وإنه يأتي يوم القيامة كما كان في الدنيا من غير نقصان شيء منه ليكون بكل عضو منه أجر ويصير مركبه على الصراط (مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح)

Zain Al-Arab berkata: "Yakni asal ibadah-ibadah pada hari Aidiladha ialah menumpahkan darah binatang korban, dan sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sepertimana ia di dunia, tanpa mengurangi apapun darinya, sehingga setiap anggota darinya akan diberi pahala, dan akan menjadi tunggangan baginya (pelaksana ibadah korban) di atas Al-Sirat."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).