• Main
  • News

Temuduga Jawatan Pembantu Eksekutif Mjbbu (muazin)

Temuduga Jawatan Pembantu Eksekutif Mjbbu (muazin)

TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU EKSEKUTIF MJBBU (MUAZIN)

Alhamdulillah, pihak masjid telah melaksanakan sesi temuduga bagi jawatan Pembantu Eksekutif Masjid Jamek Bandar Baru UDA Johor Bahru (MJBBU) selaku muazin masjid pada hari Rabu yang lalu (01 April 2026).

Semoga calon yang ditaklif akan jawatan ini dapat menjalankan tugasan dengan baik dan cemerlang.

قال رسول الله ﷺ: المؤذنون أطول الناس أعناقا يوم القيامة

Rasulullah SAW bersabda: "Para muazzin adalah manusia yang paling panjang lehernya pada hari kiamat (akhirat)."

قال ابن الأعرابي: معناه أكثر الناس أعمالا وقال القاضي عياض وغيره: ورواه بعضهم (إعناقا) بكسر الهمزة أي إسراعا إلى الجنة (شرح صحيح مسلم النووي: 4/313)

Al-Imam Ibn Al-Arabi berkata: "Maksudnya para muazzin itu adalah manusia yang paling banyak amalannya." Manakala Al-Qadi Iyad dan ulama selainnya: "Dan sebahagian mereka meriwayatkannya (Inaqan) dengan kasrah hamzah, yakni maksudnya mereka akan bersegera ke syurga."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).