بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
HIKMAH FENOMENA GERHANA
Gerhana bulan dan matahari merupakan fenomena alam terhasil melalui peredaran bumi mengelilingi matahari serta bulan mengelilingi bumi. Fenomena ini merupakan tanda kebesaran dan keagunganNya SWT, Maha Pencipta alam semesta.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Fussilat, ayat 37:
وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah."
Rasulullah SAW bersabda:
إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا حياته فإذا رأيتموها فافزعوا للصلاة وقال أيضا فصلوا حتى يفرج الله عنكم
"Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah SWT, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya. Apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang."
Disebut di dalam Bughyah Al-Mustarsyidin bahawa di antara hikmah serta sebab kebijaksanaan dari fenomena yang agung ini juga adalah supaya manusia kembali mentaati Allah SWT.
ﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﻌﻤﺎﺩ ﻓﻲ ﻛﺸﻒ ﺍﻷﺳﺮﺍﺭ : ﺳﺒﺐ ﻛﺴﻮﻓﻴﻬﻤﺎ ﺗﺨﻮﻳﻒ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ ﺑﺤﺒﺲ ﺿﻮﺋﻬﻤﺎ ﻓﻴﺮﺟﻌﻮﻥ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﻄﺎﻋﺔ ﻷﻥ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻨﻌﻤﺔ ﺇﺫﺍ ﺣﺒﺴﺖ ﻟﻢ ﻳﻨﺒﺖ ﺯﺭﻉ ﻭﻟﻢ ﻳﺠﻒ ﺛﻤﺮ ﻭﻟﻢ ﻳﺤﺼﻞ ﻟﻪ ﻧﻀﺞ
Ibn Al-Imad berkata di dalam kitab Kashf Al-Asrar: "Sebab gerhana keduanya (matahari dan bulan) adalah bagi menakutkan para hamba dengan menahan keduanya (dari cahaya matahari) agar mereka kembali kepada ketaatan kerana sesungguhnya kedua ini adalah nikmat. Apabila disekat kenikmatan tersebut maka tidak akan tumbuh tanaman, tidak akan kering buah-buahan dan tidak terhasil tuaian."
سببه تجلي الحق سبحانه وتعالى عليهما فإنه ما تجلي لشيء إلا خضع فقد تجلي للجبل فجعله دكا
"Sebabnya tajalli (menyingkap) keagungan Allah SWT ke atas keduanya. Maka sesungguhnya tiada tajalli Allah SWT bagi sesuatu melainkan ia akan tunduk seperti tajalli bagi gunung, lalu menjadikannya hancur lebur (sebagaimana leburnya gunung tatkala Nabi Musa AS meminta untuk melihat Allah SWT)”
Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk menyaksikannya dengan mendirikan Solat Sunat Gerhana Bulan serta amalan sunat yang lain.
???? KAIFIYAT SOLAT SUNAT GERHANA BULAN:
???? 1. Niat
???? 2. Takbiratul Ihram
???? 3. Ta’awuz
???? 4. Membaca Surah Al-Fatihah
???? 5. Membaca surah yang panjang seperti Surah Al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah yang paling panjang dihafal
???? 6. Rukuk yang panjang
???? 7. Setelah bangun dari rukuk, membaca Al-Fatihah dan kemudian surah yang lebih pendek dari surah yang sebelumnya
???? 8. Rukuk kedua seperti rukuk pertama namun pendek sedikit dari sebelumnya
???? 9. Sujud yang panjang
???? 10. Duduk antara dua sujud
???? 11. Sujud yang panjang
???? 12. Rakaat kedua seperti rakaat pertama dan diakhiri dengan salam
Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan menjadikan kita tergolong dikalangan mereka yang beriman.
