• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? LENSA MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA | PROGRAM BERBUKA PUASA RAMADAN 1447H
???? Hari: SETIAP MALAM SEPANJANG RAMADAN
???? Tempat: Aras 1 Masjid Jamek Bandar Baru UDA

*Muslimin & muslimat semua dijemput hadir berbuka puasa di masjid ini

???? UNTUK MENAJA & MENYUMBANG:
• Ustaz Kamal Ariff: http://wassap.my/0137225306
• Imam Ibrahim: http://wassap.my/0106609083

???? SUMBANGAN ANDA BOLEH DISALURKAN KE:
???? RHB BANK: 2511 1500 0005 03 (Tabung Pengurusan Masjid Baru BBU)

قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام : ومن شرفه أنه من فطر صائما كان له مثل أجره وقال ﷺ : من فطر صائما كان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجر الصائم شيء

Al-Imam Izz bin Abd Salam RHM berkata: "Dan di antara kemuliaan puasa bahawasanya barangsiapa memberikan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala sepertinya; dan sabda Baginda SAW: "Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun."

فمن فطر ستة وثلاثين صائما في كل سنة فكانما صام الدهر ومن كثر بفطر الصائمين على هذه النية كتب الله له صوم عصور ودهور (مقاصد الصوم 18)

"Lalu barangsiapa memberi juadah berbuka kepada tiga puluh enam (36) orang yang berpuasa setiap tahun, maka seoleh-olah dia berpuasa satu tahun. Justeru barangsiapa memperbanyak memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa atas dasar niat ini, Allah mencatat baginya puasa berabad-abad dan bertahun-tahun."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).