• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? PENGENALAN AHLI JAWATANKUASA MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU) SESI 2026-2028 & TAKLIMAT PENGURUSAN

???? BUTIRAN MAJLIS:
• Hari: Ahad
• Tarikh: 25 Januari 2026 / 07 Syaaban 1447H
• Tempat: Dewan Solat Utama MJBBU

???? ATUR CARA MAJLIS:
• 7.15 Malam: Azan & Solat Maghrib
• 7.45 Malam: Bacaan doa oleh Eksekutif Masjid (Imam)
• 7.50 Malam:
- Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
- Pengenalan AJK Pengurusan sesi 2026-2028
- Penghargaan & penyampaian cenderahati
• 8.00 Malam:
- Pembentangan kewangan & aktiviti MJBBU sesi 2023-2025 oleh Pengerusi MJBBU
- Sesi soal jawab
• 8.32 Malam: Azan & Solat Isyak

✅ Jamuan diadakan selepas Isyak

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله الإمام العادل...إلخ

Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (7) golongan yang dinaungi Allah SWT pada hari tiada naungan selain naungan-Nya iaitu (1) pemimpin yang adil."

وقال السيد حسن بن سليمان بن عبد النوري: وبدأ بالشخص العادل لأن حياته له وللناس فإن الحاكم العادل هو الكاسر لشوكة الظلمة والمجرمين وهو سند الضعفاء والمساكين وبه ينتظم أمر الناس فيأمنون على أرواحهم وأموالهم وأعراضهم (إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام)

Al-Syed Hasan bin Sulaiman Al-Nuri berkata: "Dan bermula (golongan yang dinaungi Allah SWT) dengan individu yang adil kerana kehidupannya itu bagi dirinya dan orang lain. Maka pemerintah yang adil adalah orang yang mematahkan duri orang yang zalim dan pembuat kejahatan dan ia adalah penyandar bagi orang yang lemah dan miskin. Dan ia (pemerintah yang adil) menguruskan hal umat sehinggakan mereka merasa aman dan terjamin jiwa, harta dan kedudukan mereka."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).