• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? KHUTBAH JUMAAT:

???? Tarikh : 09 Januari 2026 / 19 Rejab 1447H
???? Tajuk Khutbah : Jeritan & Tangisan Di Neraka
???? Dipimpin Oleh :
• Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail
• Bilal Muhammad Zulfikri Amin bin Zulkifli

قال الإمام الشيخ إبراهيم اللقاني رحمه الله تعالى عنه: والنار حق أوجدت كالجنه ∴ فلا تمل لجاحد ذي جنه (متن جوهرة التوحيد ص. ٥٥)

Al-Imam Al-Syeikh Ibrahim Al-Laqqani: "Dan (bermula) neraka itu adalah benar dan telah wujud seperti syurga. Maka janganlah engkau dengar bagi orang yang mungkar."

وذكر ابن العربي أن نار الدنيا من جهنم طفئت في البحر مرتين ولو لا ذلك لم ينتفع بها وبعد أخذ نار الدنيا منها أوقد عليها ألف سنة حتى ابيضت ثم ألف سنة حتى احمرت ثم ألف سنة حتى اسودت فهي سوداء مظلمة (شرح الصاوي على جوهرة التوحيد 239)

"Dan Al-Imam Ibn Al-Arabi telah menyebutkan bahawasanya api dunia daripada neraka Jahanam telah dipadamkan di dalam air laut sebanyak dua kali dan sekiranya bukan sedemikian nescaya tiada bermanfaat dengannya (kerana kepanasannya) dan selepas diambil api dunia dari Jahanam, dinyalakan ke atas Jahanam seribu (1,000) tahun sehingga menjadi putih. Kemudian seribu (1,000) tahun lagi sehingga menjadi merah membara. Kemudian seribu (1,000) tahun lagi sehingga menjadi hitam legam dan ia adalah hitam yang sangat gelap."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).