Ahad Ini!

Ahad ini!

Muslimin & muslimat dijemput hadir! Dan digalakkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi kemudahan pengurusan. Muslimin & muslimat boleh mendaftar melalui nombor-nombor yang tertera di dalam poster.

Kelebihan bulan-bulan ibadat bermula Rejab, Syaaban hingga Ramadan terlalu banyak dan marilah kita merebut peluang ini. Bermula dari bulan Rejab, banyak anjuran ulama di atas kemuliaan di bulan ini, termasuklah ianya bulan Haram dan dianjurkan kita untuk banyak melakukan taubat di bulan yang utama ini.

Disebut di dalam Lataif Al-Maarif oleh Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali:

جدير بمن سود صحيفته بالذنوب أن يبيضها بالتوبة في هذا الشهر وبمن ضيع عمره في البطالة أن يغتنم فيه ما بقي من العمر

"Adalah patut bagi sesiapa yang telah menghitamkan catatan amalnya dengan dosa-dosa untuk memutihkannya dengan taubat pada bulan (Rejab) ini dan bagi sesiapa yang telah mensia-siakan umurnya di dalam kemalasan dari amal soleh untuk merebut peluang ibadat di dalam bulan (Rejab) ini dengan apa yang masih berbaki dari sisa umurnya."

Semoga dengan kehadiran di program ini memberi pelbagai kebaikan dan semangat baru bagi meningkatkan amal dan ibadah kita.


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my