
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
MASJID IALAH TEMPAT YANG PALING DICINTAI
قال رسول الله ﷺ : أحب البلاد إلى الله مساجدها
Rasulullah SAW bersabda: "Negeri (tempat) yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah masjid-masjidnya."
قال الإمام النووي : أحب البلاد إلى الله مساجدها لأنها بيوت الطاعات وأساسها على التقوى (شرح صحيح مسلم النووي 2/151)
Al-Imam Al-Nawawi RHM berkata: "Negeri (tempat) yang paling dicintai Allah ialah masjid-masjid-Nya kerana ia adalah tempat (yang dilakukan) ketaatan dan diasaskan di atas ketakwaan."
Semoga Allah SWT menjadikan masjid ini penuh dengan pelbagai aktiviti keagamaan, kerohanian dan menjadikan masyarakat di kariah ini bersatu memajukan negeri dan negara yang sangat dicintai. Amin.