بسم الله الرحمن الرحيم


بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? KHUTBAH JUMAAT:

???? Tarikh : 16 Mei 2025 / 18 Zulkaedah 1446H
???? Tajuk Khutbah : Mulianya Ilmu Pada Kemuliaan Seorang Guru
???? Dipimpin Oleh :
• Imam Muhammad Hakimin bin Mohd Fazarin
• Bilal Muhammad Hazim Zaim bin Dandan

قال النبي ﷺ : من أكرم عالما فقد أكرم الله ورسوله

Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang memuliakan orang alim maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT dan RasulNya."

قال الإمام العلامة عبد الرحمن بن محمد بن حسين : فخدمة أهل الفضل من أعظم القرب ومن تعظيم شعائر الله تعالى وحرماته إجماعا (بغية المسترشدين)

Al-Allamah Syed Abdul Rahman bin Muhammad bin Husain berkata: "Berkhidmat kepada orang alim adalah salah satu cara teragung untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan ia adalah salah satu cara mengagungkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT dengan kesepakatan ulama."