
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
DAURAH PENGAJIAN HADIS-HADIS BAITULMAQDIS BUMI BARAKAH
Alhamdulillah telah berlangsung Daurah Hadis semalam (6 Mei 2025) bersama Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin dengan buku hadis susunan beliau, Hadis-hadis Baitulmaqdis Bumi Barakah. Daurah kali ini anjuran bersama oleh Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU), Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Johor) dan telah mendapat sambutan yang amat baik dari ahli kariah dan masyarakat sekitar dengan penyertaan seramai 600 orang.
Program ini telah diadakan selepas Isyak, bermula dengan ucapan ringkas dari pihak ARG dan YADIM. Daurah dimulakan dengan bacaan Selawat Asyghil yang dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin dan seterusnya Al-Fadil Ustaz mulakan daurah buku Hadis-hadis Baitulmaqdis Bumi Barakah dari hadis 1 hingga hadis ke-3. Daurah ini akan berjalan sebanyak 6 siri dan akan diiklankan tarikh berikutnya di media sosial masjid.
Pihak masjid mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih di atas penyertaan dan kehadiran para jemaah ke masjid, menuntut ilmu dan sekaligus mengimarahkan masjid ini.
قال الامام النووي : ولقد احسن القائل من جمع ادوات الحديث استنار قلبه واستخرج كنوزه الخفيات (صحيح مسلم بشرح النووي)
Al-Imam Al-Nawawi berkata: "Dan sungguh baik orang yang mengatakan: "Barangsiapa yang menghimpunkan (mempelajari) hadis, maka hatinya akan bercahaya dan dia akan mengeluarkan (dengan juhud) khazanah yang tersembunyi."