بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Di kesempatan bulan Syawal ini, pihak pengurusan Masjid Jamek Bandar Baru uda (MJBBU) ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ وَجَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita di bulan Ramadan yang telah berlalu dan mengurniakan kudrat kepada kita untuk istiqamah dan menambahkan lagi amal di bulan Syawal hingga ke akhir tahun.

قال الامام الحافظ ابن رجب الحنبلي : ليس العيد لمن لبس الجديد إنما العيد لمن طاعاته تزيد

Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali RHM berkata: "Bukanlah raya itu siapa yang memakai pakaian baru, tetapi raya itu ialah siapa yang ketaatannya bertambah."

ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

"Bukanlah raya itu siapa yang berhias dengan pakaian dan kenderaan, tetapi raya itu ialah siapa yang diampunkan dosanya."

في ليلة العيد تفرق خلق العتق والمغفرة على العبيد فمن ناله منها شيء فله عيد وإلا فهو مطرود بعيد (لطائف المعارف 483)

"Pada malam raya dibahagikan pembebasan (dari api neraka) dan keampunan ke atas hamba. Siapa yang mendapatkannya maka baginya hari raya. Jika tidak, maka dia orang yang terbuang jauh."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my