
Mari sertai Program Qiamullail Ihya Ramadan 1446H di MJBBU yang telah pun bermula Jumaat pertama, kedua Ramadan dan kini sepanjang 10 Ramadan terakhir ini akan diadakan setiap hari.
Masjid terbuka untuk para jemaah beriktikaf di luar ruang Dewan Solat Utama masjid. Para jemaah boleh memasuki masjid melalui pagar utama pejalan kaki ke masjid dan meletakkan kenderaan di luar masjid.