
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
SAMBUTAN MALAM NISFU SYAABAN 1446H DI MJBBU
Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) telah mengadakan Sambutan Malam Nisfu Syaaban 1446H di Dewan Solat Utama MJBBU semalam (13 Februari 2025). Sambutan yang diadakan bersempena malam Nisfu Syaaban ini telah mendapat sambutan yang amat baik dikalangan jemaah dan ahli kariah serta masyarakat setempat dengan kehadiran seramai 1600 orang jemaah lelaki dan wanita.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang istimewa di dalam bulan Syaaban dan kita dianjurkan menghidupkan malam tersebut dengan amal dan ibadat termasuklah mendirikan solat, membaca Al-Quran, berdoa, bermunajat dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa pada malam tersebut Allah SWT mengampunkan dosa-dosa para hambaNya yang bertaubat dan memperkenankan segala hajat mereka melainkan orang yang mensyirikkan Allah, bermusuhan, penzina dan lain-lain.
Dalam sambutan Nisfu Syaaban kali ini, program bermula pada jam 6.45 petang yang dipimpin oleh para imam dan bilal MJBBU dan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat oleh Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail. Program diteruskan dengan bacaan Surah Al-Waqiah oleh Bilal Mohamad Khairulanuar bin Mohamadun dan kemudian bacaan Zikir Munajat oleh Bilal Muhammad Zulfikri Amin bin Zulkifli.
Bagi kemuncak program diadakan selepas Maghrib yang dipimpin oleh Imam Muhammad Hakimin bin Mohd Fazarin yang memimpin bacaan Surah Yasin, Tahlil, Doa Nisfu Syaaban dan Solat Sunat Hajat selepas menunaikan Solat Fardu Isyak berjemaah. Program diakhiri dengan jamuan sebelum bersurai.
Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah di atas penyertaan para jemaah, ahli kariah dan masyarakat sekitar ke program ini di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) dan sekaligus mengimarahkan rumah Allah SWT ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran kepada amal dan ibadat kita di malam tersebut dan memakbulkan segala hajat yang dipinta.
قال ابن رجب الحنبلي : ليلة النصف من شعبان كان التابعون من أهل الشام كخالد بن معدان ومكحول ولقمان بن عامر وغيرهم يعظمونها ويجتهدون فيها في العبادة وعنهم أخذ الناس فضلها وتعظيمها
Al-Imam Ibn Rajab Al-Hanbali berkata: "Di malam Nisfu Syaaban, para Tabiin