بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

LAWATAN & ZIARAH: DELEGASI KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UTAMA SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pihak Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) telah menerima kunjungan dan lawatan dari rombongan Kolej Universiti Perguruan Utama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada Jumaat yang lalu. Lawatan bermula pada Khamis malam Jumaat sehingga Jumaat pagi ini adalah bertujuan menziarahi masjid dan mengambil tahu maklumat, pengurusan serta pentadbiran, fasiliti-fasiliti dan aktiviti-aktiviti di masjid, sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim

Lawatan yang bermula pada Khamis jam 10.00 malam ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat MJBBU dan Dewan Abd Samad MJBBU pada pagi yang berikutnya dan ianya telah berjalan dengan lancar. Majlis bermula dengan sesi suai kenal dan taklimat pengurusan Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU). Program diteruskan dengan aktiviti ziarah dan melawat pesakit dan tapak rawatan Pusat Dialisis & Kesihatan Masjid Bandar Baru Uda (PDKMBBU) pada Jumaat pagi dan diakhiri dengan menjamu sarapan dan sesi bergambar.

Dalam sesi taklimat masjid, majlis bermula dengan ucapan pembukaan majlis oleh Pengacara Majlis, Bilal Muhammad Hazim Zaim bin Dandan, diikuti bacaan doa oleh Ketua Imam MJBBU, Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria. Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas dan pengenalan oleh Pengerusi MJBBU, Ustaz Haji Md Burhanuddin bin Haji Tibek, selaku wakil Ahli Jawatankuasa & warga kerja MJBBU dan ucapan ketua delegasi, Ustaz Haji Mohd Azmi bin Haji Omar, Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Utama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Majlis seterusnya memasuki sesi taklimat pengurusan dan pentadbiran Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) yang disampaikan oleh Pengurus MJBBU, Tuan Haji Ab Rashid bin Bukhairah. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dari pihak masjid oleh Pengerusi MJBBU, Ustaz Haji Md Burhanuddin bin Haji Tibek kepada wakil Kolej Universiti Perguruan Utama Seri Begawan serta rombongan.

Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran para pelawat bagi tujuan berkenalan dan pengimarahan masjid ini. Semoga masjid ini menjadi pusat pengimarahan bagi keseluruhan masyarakat di dalam dan luar negara.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أحب البلاد إلى الله مساجدها

Sabda Rasulullah SAW: "Negeri (tempat) yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah masjid-masjidnya."

قال الإمام النووي رحمه الله : أحب البلاد إلى الله مساجدها لأنها بيوت الطاعات وأساسها على التقوى (شرح صحيح مسلم النووي 5/171)

Kata Al-Imam Al-Nawawi RHM: "Negeri (tempat) yang paling disukai Allah Taala ialah masjid-masjidNya kerana ia adalah tempat (yang dilakukan) ketaatan dan asasnya di atas ketakwaan."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my