Ramadan Yang Begitu Menghampiri. Menjadi Kegembiraan Bagi Mereka

Ramadan yang begitu menghampiri. Menjadi kegembiraan bagi mereka yang sampai kepadanya. Ini kerana fadilat yang pelbagai dan teragung di dalam Ramadan di atas setiap amal dan ibadat di bulan Mubarak dan mulia.

Di antara keagungan bulan tersebut sebagaimana riwayat Baginda SAW iaitu di bulan Ramadan akan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.

Memetik kata Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali di dalam Al-Lataif Al-Maarif:

كيف لا يبشر المؤمن بفتح أبواب الجنان كيف لا يبشر المذنب بغلق أبواب النيران كيف لا يبشر العاقل بوقت يغل فيه الشياطين من أين يشبه هذا الزمان زمان

"Bagaimana seseorang tidak memberi khabar gembira kepada seorang mukmin dengan dibukanya pintu-pintu syurga? Bagaimana seseorang tidak memberi khabar gembira kepada seorang pendosa dengan ditutupnya pintu-pintu neraka? Bagaimana seseorang tidak memberi khabar gembira kepada seorang yang berakal dengan satu waktu yang padanya syaitan-syaitan dibelenggu? Dimanakah waktu yang dapat menyamai waktu ini?"

Muslimin & muslimat dijemput hadir dan sertai aktiviti-aktiviti pengimarah di masjid ini di sepanjang bulan Ramadan sebagaimana di dalam iklan-iklan berikut.

Semoga Allah SWT menanamkan keimanan kepada kita, menjadikan kita bersungguh-sungguh melazimi ibadah dan amal kebajikan di bulan mulia ini.


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my