Dengan Kedatangan Bulan Ramadan 1445h Bermula Maghrib Ini,

Dengan kedatangan bulan Ramadan 1445H bermula Maghrib ini, Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) menjemput semua warga kariah BBU dan masyarakat sekitar untuk sertai dan hadiri ke Majlis Bacaan Surah Al-Fath & Doa Awal Ramadan di Dewan Solat Utama MJBBU yang akan dipimpin oleh para imam dan bilal MJBBU.

Berikut atur cara majlis tersebut:
???? Solat Maghrib berjemaah
???? Bacaan Surah Al-Fath
???? Bacaan Doa Awal Ramadan
???? Solat Isyak berjemaah
???? Solat Tarawih berjemaah

Memetik kenyataan dari Al-Syeikh Al-Sayyid Muhammad Haqi Al-Nazili dari kitabnya Khazinah Al-Asrar, beliau berkata:

وقال بعض العارفين من قرأ سورة الفتح عند رؤية هلال رمضان في أول ليلة وسع الله رزقه في ذلك العام إلى آخره

"Dan kata sebahagian ulama Al-Arifin; "Barangsiapa membaca surah Al-Fath ketikamana dia melihat hilal (anak bulan) Ramadan di malam pertama, nescaya Allah akan meluaskan rezekinya pada tahun itu sehingga akhir tahun tersebut."

Semoga para jemaah yang menyertai majlis ini memperoleh fadilat surah Al-Fath di awal bulan Ramadan ini.


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my