Aktiviti Qasidah Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Aktiviti qasidah di Masjid Jamek Bandar Baru UDA. Program yang diadakan secara berkala ini mengajak kanak-kanak dan remaja melazimi zikir, wirid, qasidah dan syair memuja Allah SWT dan memuji Baginda SAW, yang mana perkara tambahan pada keteguhan iman dan ibadat.

Di antara fadilat alunan zikir, qasidah dan syair memuji Allah SWT dan RasulNya, sebagaimana dinyatakan Al-Imam Al-Nawawi pada hadis riwayat Amri bin Al-Syarid:

قال الإمام النووي : ومقصود الحديث أن النبي صلى الله عليه وسلم استحسن شعر أمية واستزاد من إنشاده لما فيه من الإقرار بالوحدانية والبعث (شرح صحيح مسلم النووي 15/12)

Kata Al-Imam Al-Nawawi: "Dan maksud hadis bahawa Nabi SAW menganggap baik syair Umayyah dan Baginda SAW meminta tambah lantunan syair-syair tersebut kerana di dalamnya terkandung pengakuan ketauhidan keesaan Allah dan hari kebangkitan manusia."

Semoga penyertaan anak-anak ini memanfaatkan masa mereka dan sekaligus mendapat fadilat mengingatiNya dan berselawat ke atas Baginda SAW serta fadilat mengimarahkan rumah Allah SWT.


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my