Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir Dan Sertai Ke

Muslimin & muslimat dijemput hadir dan sertai ke forum ilmiah ini, anjuran bersama Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Program ini akan dilaksanakan esok bermula jam 6.30 petang dengan para panel dari JAINJ. Semoga kehadiran kita di majlis ilmu ini, mendapat fadilat berada di taman syurga dan halaqah zikir.

قال رسول الله ﷺ : إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا قيل وما رياض الجنة قال مجالس الذكر

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka duduklah." Para sahabat bertanya: "Dan apakah taman-taman syurga itu?" Baginda SAW menjawab: "Iaitulah halaqah-halaqah zikir (majlis ilmu)."

وقال عطاء : حلق الذكر هي مجالس الحلال والحرام (إعانة الطالبين 1/30)

Kata Al-Imam Atha: "Halaqah-halaqah zikir ialah majlis-majlis halal dan haram (tentang hukum-hakam)."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my