
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
BULAN MUNAJAT MJBBU: WIRID KHAUJAKAN
Alhamdulillah telah selesai Majlis Bacaan Wirid Khaujakan dan penutup bagi program Bulan Munajat MJBBU pada Ahad lalu (18 Februari 2024). Program munajat ini bagi mengembalikan program wirid bulanan masjid ini akan dilaksanakan secara bulanan bagi setiap wirid setelah Ramadan, bermula dengan Ratib Al-Attas & Asmaul Husna, Hizib Al-Imam Al-Nawawi, Hizib Bahar dan Wirid Khaujakan.
Di majlis Wirid Khaujakan ini, pihak masjid menjemput Imam Haji Mahathir bin Haji Md Noor, Imam Masjid Pasir Pelangi bagi memimpin bacaan Wirid Khaujakan dan tausiyah oleh Tuan Haji Haron bin Kamil, Setiausaha Kehormat Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor.
Majlis ini telah bermula dengan Solat Hajat yang dipimpin oleh Ketua Imam MJBBU, Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria, diikuti ucapan kata alu-aluan dari Pengarah program Bulan Munajat MJBBU, Imam Nur Ikhmal Hakim bin Sabaruddin, diteruskan dengan tausiyah dan bacaan Wirid Khaujakan dan diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah serta jamuan.
Pihak masjid mengucapkan ribuan tahniah kepada para jemaah yang telah hadir dan sertai majlis tersebut dan sekaligus mengimarahkan masjid ini. Semoga dengan perlaksanaan program ini dan pada bulan-bulan akan datang, para jemaah dapat istiqamah menjadikan zikir-zikir serta wirid-wirid ini sebagai amalan bulanan agar terteguh imam dalam mengingati Allah SWT di setiap waktu dan keadaan.
قال الشيخ السيد محمد حقي النازلي رحمه الله : انهم اتفقوا في قضاء الحاجات وحصول المرادات ودفع البلاء وقهر الاعداء والحساد ورفع الدرجات وحصول القربات وظهور التجليات وقد استعملوا هذه الفائدة الجليلة واسرار الغريبة (خزينة الاسرار 213)
Kata Al-Syeikh Al-Sayyid Muhammad Haqi Al-Nazili: "Bahawa mereka (Sayyidi Jaafar Al-Yazid Abu Al-Bustami, Abu Al-Hasan Al-Kharaqani dan para ulama Al-Naqsyabandiyah) telah bersepakat dalam menunaikan hajat, mencapai keinginan, menolak bala, mengalahkan musuh dan hasutan syaitan, diangkatkan darjat sampai ke maqam muqarabah dan pentajalian kekuasanNya, telah mengamalkan Khatam Khaujakan ini."