بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? SOLAT SUNAT AIDILADHA 1444H/2023M

???? BUTIRAN PROGRAM:
• Hari: Khamis
• Tarikh: 29 Jun 2023 / 10 Zulhijah 1444H
• Masa: Bermula 8.30 Pagi
• Tempat: Dewan Solat Utama MJBBU

❗️ MAKLUMAN LALUAN MUSLIMIN & MUSLIMAT BAGI SOLAT SUNAT AIDILADHA❗️
1) Laluan masuk muslimin adalah melalui pintu ATM, pintu pagar utama dan pintu menara masjid
2) Laluan pintu Pusat Dialisis & Kesihatan (PDK) MBBU dikhaskan bagi muslimat sahaja & digalakkan untuk membawa sejadah sendiri

قال تعالى في كتابه العزيز: فصل لربك وانحر (الكوثر: 02)

Maksudnya firman Allah SWT: "Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan."

قال الإمام علاء الدين البغدادي الخازن: معناه ان ناسا كانوا يصلون لغير الله تعالى وينحرون لغير الله فامر الله نبيه ﷺ ان يصلي له وينحر له متقربا الى ربه كذلك (لباب التاويل في معاني التنزيل 4/483)

Mafhumnya kata al-Imam Alauddin al-Baghdadi al-Khazin: "Maksudnya adalah bahawa manusia, mereka solat kerana selain Allah Taala dan mereka melakukan korban kerana selain Allah. Lalu Allah memerintah NabiNya SAW bahawa Baginda SAW bersolat keranaNya dan berkorban keranaNya bagi taqarrub (mendekatkan diri) kepada Tuhannya dengan ayat demikian itu."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my