
Kuliah Muslimat MJBBU bermula hari ini (08 Mei 2023) di Dewan Suliman MJBBU bersama Ustaz Ellyeen Amineen bin Mohd Salleh (9.00 pagi) dan Ustaz Mohd Hambali bin Abd Rahman (10.30 pagi) berdasarkan jadual.
Muslimat jemaah masjid dan ahli kariah serta masyarakat setempat dijemput hadir bagi menimba ilmu di pagi mulia ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kebaikan kepada para penuntut ilmu.
Mengutip sebuah hadis nukilan al-Syeikh Kiyai Hasyim Asyari di dalam risalahnya Ādab al-Ālim wa al-Mutaállim:
قال رسول الله ﷺ: من غدا إلى المسجد لا يريد إلا أن يتعلم خيرا أو يعلمه كان له كأجر حج تام (آداب العالم والمتعلم ص. 14)
Mafhumnya sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa pergi ke masjid di pagi hari, tidaklah ia menginginkan sesuatu melainkan untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkan kebaikan, maka baginya pahala sebagaimana pahala haji yang sempurna."