WhatsApp Us Now +6072388166

Terkini Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)

Home / Terkini Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)
TIGA ILMU WAJIB PELAJARI

TIGA ILMU WAJIB PELAJARI


Hukum menuntut ilmu agama adalah wajib bagi setiap orang yang mukalaf samada lelaki dan perempuan serta mengamalkannya kerana amaran kepada orang yang berilmu, akan tetapi tidak mengamalkannya akan dihisab terlebih dahulu berbanding orang yang menyembah berhala.


Rasulullah SAW bersabda:


ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﷺ: ﻃﻠﺐ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻓﺮﻳﻀﺔ ﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﻣﺴﻠﻢ


Mafhumnya: "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap Muslim."


Al-Imam al-Ghazali berkata di dalam kitabnya Minhaj al-Abidin Ila Jannah Rabb al-Alamin:


ﻓﺎﻋﻠﻢ ﺃﻥ ﺍﻟﻌﻠﻮﻡ ﺍﻟﺘﻲ ﻃﻠﺒﻬﺎ ﻓﺮﺽ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻤﻠﺔ ﺛﻼﺛﺔ ﻋﻠﻢ ﺍﻟﺘﻮﺣﻴﺪ ﻭﻋﻠﻢ ﺍﻟﺴﺮ ﺃﻋﻨﻲ ﺑﻪ ﻣﺎ ﻳﺘﻌﻠﻖ ﺑﺎﻟﻘﻠﺐ ﻭﻣﺴﺎﻋﻴﻪ ﻭﻋﻠﻢ ﺍﻟﺸﺮﻳﻌﺔ


Mafhumnya: "Maka ketahuilah bahawasanya ilmu yang dituntutnya fardu pada jumlah adalah tiga iaitu ilmu tauhid, ilmu sir yakni ilmu yang berkaitan dengan hati serta cara mengendalikannya dan ilmu syariat."

Demikian menurut Hujah al-Islam al-Imam al-Ghazali tentang jenis ilmu fardu ain iaitu merangkum ilmu akidah, fiqh dan tasawuf.


Syeikh Ihsan Dahlan bin al-Marhum Muhammad Dahlan al-Jampesi al-Kadiri menukilkan kata-kata al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitabnya Miftah Dar as-Sa'adah pada menerangkan makna fardu ain menuntut ilmu itu:


العلم الذي هو فرض عين لا يسع مسلما جهله أنواع. النوع الاول علم أصول الإيمان الخمسة الإيمان بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر ... النوع الثاني علم شرائع الإسلام واللازم منها علم ما يخص العبد من فعلها كعلم الوضوء والصلاة والصيام والحج والزكاة وتوابعها وشروطها ومبطلاتها ... النوع الثالث علم المحرمات الخمسة التي اتفقت عليها الرسل والشرائع والكتب الإلهية ... النوع الرابع علم أحكام المعاشرة والمعاملة التي تحصل بينه وبين الناس خصوصا وعموما


Mafhumnya: "Ilmu yang merupakan fardu ain tidak boleh diabaikan seorang Muslim dan ianya adalah beberapa jenis. Pertama ialah ilmu lima usul iman iaitu kepercayaan kepada Tuhan, malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-Nya dah hari akhirat ... Kedua ialah ilmu syariat Islam dan yang wajib darinya pada af-'al seorang hamba seperti wuduk, solat, puasa, haji, zakat dan yang mengikutinya serta syarat-syarat dan pembatalannya ... Ketiga ialah ilmu berkaitan lima larangan itifaq para rasul, syariat dan kitabullah ... Keempat ialah ilmu hukum-hakam pergaulan dan muamalat di antara insan samada khusus dan am."

(Siraj al-Talibin Syarh 'Ala Minhaj al-'Abidin 1/94)


Semoga kita dikurniakan qudrah untuk sentiasa melazimi majlis ilmu terutama ilmu asas fardu ain agar kita tergolong dikalangan mereka yang berjaya dan bertakwa.


Contact Us Now